Friday, 6 April 2012

Shopping Barang2 Makanan (Cara Atkins Diet)

Jadi dekat sni, sy ada nyatakan sedikit panduan untuk anda memilih barang2 kering dan basah untuk sajian menu ala atkins diet:)

Bahagian Daging:

1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:

1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:

1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:

1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
 1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.



Jika anda makan di luar:

1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.

2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.

3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Nota kurus: Nak sihat & langsing kan?? anda je cara nya...cuma kita aje rajin atau x. :)

Atkins Diet

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins adalah sejenis diet untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak untuk sumber tenaga dalam badan. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut kerana jisim lemak dalam badan semakin berkurang.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti diet rendah lemak.
Melalui diet ini, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

"inilah cara pemakanan untuk SD2 :)"

Tuesday, 3 April 2012

Diet SD II- Apa nak Makan??

Anda blur xtau jenis makanan apa yg perlu anda ambil ketika baru nak start berdiet?
Kat sni sy ade nytakan sedikit guideline untuk para newbies sekelian. :)

Pada peringkat Induction, anda dihadkan mengambil hanya 20-25 gram makanan berkarbohidrat SEHARI. Ini akan berlangsung selama 2 minggu di mana anda hanya boleh makan:

1. makanan berprotein tinggi seperti ayam, telur, daging (lembu, kambing, rusa), ikan dan makanan laut (udang, ketam) yang lain. Elak memakan tiram (oyster), kerang dan sotong kerana berkarbohidrat tinggi).

2. Sayuran hijau seperti sawi, kailan, timun, salad, asalkan berwarna hijau (terhad kepada 2 atau 3 cawan sehari).

3. Sayuran seperti tomato, labu, terung, kacang panjang, dihadkan kepada 1 cawan sehari kerana ia mengandungi banyak karbohidrat (melalui gula sayuran).

4. Mentega ( bukan margerine sebab margerine ada trans-fat yang bahaya untuk kesihatan).

5. Keju (Cheddar, Mozzarella, Swiss, Gouda, Goat) tapi tak lebih dari 3 gram. Jenis lain tak boleh.

6. Salad dressing seperti Mayonnaise (yang biasa, bukan low-fat sebab selalu yang tulis low-fat bukan bererti low-carbohydrate).

7. Olive oil, canola oil, dan kebanyakkan minyak masak boleh dimakan. Tapi pastikan minyak tidak dihydrogenated atau semi-hydrogenated, sebab ia mengandungi trans-fat yang boleh menyebabkan sakit stroke dan sakit jantung.

8. Air sebaiknya air biasa sahaja, sama ada air sejuk, suam, mineral. Jus buah-buahan tidak dibenarkan pada peringkat Induction kerana ia mengandungi tahap gula buah-buahan yang tinggi. Susu dan yoghurt juga tidak dibenarkan pada peringkat ini sebab kandungan karbohidratnya tinggi.


Lakukan Induction sekurang-kurangnya selama 2 minggu dan melalui puasa sekejap ni, anda akan dapat melihat perubahan pada berat badan, bentuk badan dan kecergasan fizikal.


Nota Kurus: Bukan senang nak senang, kan? kene kuat berusaha. :)

Monday, 2 April 2012

Diet yang Gagal

Kenapa diet anda gagal?

1.Tindakan: Ambil ubat pelangsingan
Keputusan: Berat turunhanya pada peringkat awal,jika berhentiambil pil, selera makan datang kembali berganda-ganda dan gemuk semula.
Kesan: Selera makan langsung hilang, loya, pening-pening, jika tersalah ambil, kesihatan terjejas.


2.Tindakan: Makan buah-buahan sahaja

Keputusan: Badan menjadi kurang bertenaga kerana nutrisi tidak lengkap dan seimbang. Tekanan kerana terpaksa makan makanan yang sama berulang-ulang.
Kesan: Diet tidak kekal lama, mudah berputus asa!


3.Tindakan: Kurangkan makan seperti tidak makan malam yg berlebihan.

Keputusan: Otot mengecut, air dalam badan mengurang dan kadar metabolisma turun mendadak. Lemak masih kekal.
Kesan: Kurus sekejap, semua KG yang hilang datang kembali bersama beberapa KG lagi sebagai saguhati. Kemungkinan mendapat penyakit GASTRIK sangat tinggi

4.Tindakan: Ambil produk dari syarikat baru
Keputusan: Kredibiliti syarikat tidak sempurna, sentiasa mengejar keuntungan sahaja. Kesan sampingan jangka panjangtidak jelas dinyatakan.
Kesan: Wang habis begitu sahaja. Kesan sampingan jangka panjang (atau pendek) menyebabkan tahap kesihatan terjejas.


Pernahkah anda cuba cara-cara di atas?


Jika anda sedang melakukannya,
lebih baik DIHENTIKAN!!!

Semoga anda TIDAK terperangkap dalam peratusan ini!! :(


arghhh! takutnya nk timbang. huhu.. ;'(

MITOS: Kisah Gemuk

"Genetik family den mang sume eh gomok2, so, buang karan yo den nak diet2 neh. huhuhuhuhu"/floor
"Asal kau ckp chentu plak??"
"Lorh! da mmg btol pun, tengoklah mak den, ayah den. hah! tok wan den pon samo yo".
"............."
Ramai orang yang sudah putus asa akibat mengalami kegagalan di dalam diet. Salah satu punca nye tulah die nye, pcaya sgat yg gemuk tuk dturunkn sbb genetik keturunan. so, truslah lam pale tuh da set. "Kalo aku diet pun, same je. da genetik family aku, nak wat cane....




Itulah yang selalu kedengaran /nobigdealGuys & darling2 sekelian :)


That is TOTALLY a MITOS, okay. /wahaha
so, janganlah pcaya cepat sgat.

Since sy tau la serba sedikit pasal genetik nih, apa yang diperturunkan adalah rangka tubuh kita, ukuran tulang, dan bentuk tubuh. memangla x dinafikan, jika ade DNA atau bahan genetik yg mgawal pmbtukan tisu adipos (tisu lemak) bwah kulit ni ade perubahan genetik, tp xkan nak kate masalh obesiti yg mlnda kat Malaysia ni, sbb kan mutation in genetic material? Kes mutasi gene yg kawal pmbtukan lemak ni 1 dlam 50,000 org kot.


Dahla Malaysia ni negara KE-3 TERTINGGI di DUNIA masalah OBESITI.


xkan la rmai sgat org lam Malysia ni MUTANT.?? /wahaha


"Dah2!! Jangan nak bnyak alasan lg okayy~"


BUKANNYA LEMAK! Lemak yang ada di dalam tubuh badan kita tidak diperturunkan oleh emak kita, atau nenek moyang kita, ataupun dari bapa kita.


lemak2 yg bnyak bertimbum lam badan ni is directly proportional dgan cara pemakanan dan corak kehidupan kita.


so, paham2 jela ape nak buat ye. /bye

Tanda-Tanda Hormon x seimbang




Berikut mungkin antara tnda2 hormon dalam bdn seseorg x seimbang, dan mngngu mechanism pmbkaran lemak yg efisyen:

1. Jerawat yg degil
2. Perubahan perasaan yg xmenentu, dlm fasa pra-haid
3. Cepat ubah fikiran serta perasaan
4. Cepat menangis
5. Lupa
6. Kerap pening kepala
7. Hipoglisemia @ rasa xmenentu & xbermaya dlm 1-2jam
lepas mkn
8. Nafsu makan meningkat
9. Sukar turun berat bdn/ berat naik cepat
10. Alami ruam2 panas serta berpeluh waktu mlm
11. Alopesia - gugur rambut
12. Kulit kusam & xberseri
13. Kulit berminyak
14. Hilang minat pd seks
15. Hirsurtisme - peningkatan jumlah rambut halus pd tubuh
bdn @ wajah (misai halus)
16. Period tak regular


(Credit to En Kamarul Nordin, Wellness Consultant Slim Diet 2 : Seminar Lean4Life
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...