Anda blur xtau jenis makanan apa yg perlu anda ambil ketika baru nak start berdiet?
Kat sni sy ade nytakan sedikit guideline untuk para newbies sekelian. :)
Pada peringkat Induction, anda dihadkan mengambil hanya 20-25 gram makanan berkarbohidrat SEHARI. Ini akan berlangsung selama 2 minggu di mana anda hanya boleh makan:
1. makanan berprotein tinggi seperti ayam, telur, daging (lembu, kambing, rusa), ikan dan makanan laut (udang, ketam) yang lain. Elak memakan tiram (oyster), kerang dan sotong kerana berkarbohidrat tinggi).
2. Sayuran hijau seperti sawi, kailan, timun, salad, asalkan berwarna hijau (terhad kepada 2 atau 3 cawan sehari).
3. Sayuran seperti tomato, labu, terung, kacang panjang, dihadkan kepada 1 cawan sehari kerana ia mengandungi banyak karbohidrat (melalui gula sayuran).
4. Mentega ( bukan margerine sebab margerine ada trans-fat yang bahaya untuk kesihatan).
5. Keju (Cheddar, Mozzarella, Swiss, Gouda, Goat) tapi tak lebih dari 3 gram. Jenis lain tak boleh.
6. Salad dressing seperti Mayonnaise (yang biasa, bukan low-fat sebab selalu yang tulis low-fat bukan bererti low-carbohydrate).
7. Olive oil, canola oil, dan kebanyakkan minyak masak boleh dimakan. Tapi pastikan minyak tidak dihydrogenated atau semi-hydrogenated, sebab ia mengandungi trans-fat yang boleh menyebabkan sakit stroke dan sakit jantung.
8. Air sebaiknya air biasa sahaja, sama ada air sejuk, suam, mineral. Jus buah-buahan tidak dibenarkan pada peringkat Induction kerana ia mengandungi tahap gula buah-buahan yang tinggi. Susu dan yoghurt juga tidak dibenarkan pada peringkat ini sebab kandungan karbohidratnya tinggi.
Lakukan Induction sekurang-kurangnya selama 2 minggu dan melalui puasa sekejap ni, anda akan dapat melihat perubahan pada berat badan, bentuk badan dan kecergasan fizikal.
Nota Kurus: Bukan senang nak senang, kan? kene kuat berusaha. :)
Menguruskan berat badan bukan hanya sekadar mahu CANTIK tapi sedarlah bahawa KESIHATAN adalah asas kepada kecantikan yg hakiki....to all our gorgeous visitor please learn how ur product works before u can consume it...SO, thats why we are here to guide u and share all information that we know...Enjoy the blog ya...
No comments:
Post a Comment