Petua Kecantikan

kita salu dengar org cakap mcm ni..

Joyah: "Cuba kau tengok dia tu, cantiknya nye body die..."

Bedah: "dah la kurus, MUKA pun MULUS, BERSERI je.. jeles aku! "
(nama adalah watak semata, tiada kne mengena dgn sesiapa ya. :)

Jadi, kalo anda sudah kurus, x bermakna juga la kalo kita asyik jatuh sakit, x berseri or lemh x bermaya.. Mungkin ada di antara kita ni mampu untuk mengekalkan kesihatan dgn membeli produk2 kesihatan, produk kecantikan. Tapi, iyela kan, bukan semua mampu untuk memilikinya, apatah lagi nak menten beli tiap bulan kan :(

"hey, jgn risau laa.."

Tips kurus sedikit sebnyak akan berkongsi dgn anda tips2 petua tradisi yg berasakan sumber2 yg mudah didapati, di samping murah & senang. hehehe.. kalo rase nk cuba, ikut la ye. :D

nota kurus: tapi yela, kalo cara tradisonal ni mmg murah, tp agak leceh dan makan masa. jadi, terpulang pada individu tersebut. :D

__________________________________________________________________


Muka

Muka kelihatan berseri
Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam.Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

Menghilangkan kedut
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit,barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah  anda  kelihatan  berseri dan  kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...